Thursday, September 24, 2009

Tentang Bumi

Hari ini kita cerita tentang bumi. Bumi ini adalah satu-satunya tempat tinggal kita. Susah senang kita, semua di atas bumi ini. Kita tiada pilihan. Nampaknya bumi kita dari hari ke hari semakin tenat. Ibarat manusia semakin tua semakin lemah.

Siapa yang menyebabkan dunia ini lemah? Tentu sekali manusia. Tuhan telah memberi kita akal untuk mentadbir bumi, tetapi kerana kerakusan manusia bumi menderita. Kita bercerita tentang pemanasan global, tetapi apakah tindakan kita untuk mengurangkannya. Pelbagai kempen kesedaran telah dibuat, hasilnya masih lagi meresahkan kita.

Apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang? Tepuk dada tanya iman...